Wednesday, April 10, 2013

Aku Kampung dan Kota #3

"Persahabatan ibarat campuran sebatian rokok dan kopi,
cantik dan bersinar seperti tenggelamnya matahari"-Pait

Kerinduanku diubati dengan kehadiran rakan-rakan serupa darah daging di universiti tertua ini,merekalah selalu menemani dan mengenalkan aku dengan erti hidup.Di kolejku,iaitu Kolej Kediaman Kelima atau dikenali sebagai Dayasari,lapan orang anak muda berlainan bidang menjadi rakan-rakanku,mereka Abdullah,Aliff,Irwan,Hakim,Mamat,Koroi,Pait,Abbas.Mempunyai pelbagai definisi kehidupan mengikut kaca mata mereka yang berbeza-beza.

Manakala di fakultiku,diaungerahi aku tiga orang manusia yang menjadi rakan seperjuangan aku menuntut ilmu dan keinginan dalam lapangan sejarah kehidupan manusia,mencari kebenaran di dalam kelompok manusia yang buta dengan ilmu sejarah di negara tercinta.
Aaron,Matnor dan Rahim.Paling terkesan ialah Aaron Dannison,seorang India Kristian,bermazhab Katholik.Di university ini aku diberi pencerahan oleh yang maha Esa untuk bergaul dengan pelbagai ragam manusia.Aaron seorang kristian banyak mengajar aku untuk menghargai kehidupan dan menguatkan lagi kepercayaan aku terhadap tuhanku Allah.

Dia seorang kristian selalu berpesan kepadaku,apa yang kau lakukan ikhlaskan hati demi tuhan kau Jaywaii.Selalu mengingatkan aku tentang supaya tidak lupa bersolat.Di sana aku dipanggil Jaywaii,nama pena dan nama timanganku dari bangku sekolah.

Pertama kali aku ditemukan dengan mahasiswa UM yang tegar dan terkenal dengan sifat lantangnya.Pilihanraya Kampus atau PRK 2012,menunjukkan aku betapa luasnya demokrasi dan betapa matangnya sebenar mahasiswa di UM.Pihak yang bertanding diberi masa yang sama untuk berkempen seperti hanya dibenarkan berkempen sepuluh minit di setiap kolej,tidak kira baju politik apa kau pakai,tidak kira kau memerintah masa musim lepas atau tidak,masa diberikan dan ruang diberikan adalah seksama.

Tidak seperti pilihanraya sebenar,parti memerintah menggunakan segala aset sebagai harta mereka hatta media massa dipaksa mengikut telunjuk mereka!Langsung media massa terpesong ke sebelah pihak,rakyat menjadi kaku dan keliru.Kau tahu kawan,rakyat Malaysia di kampung nadinya hanyalah surat khabar dan berita di tv.

Doktrin kerajaan dan manifesto kerajaan saja dikeluarkan di media itu,tanpa segan silu dan ketulusan.Demokrasi matang hanya omongan kosong,adil dan seksama aku rasa jauh terpesong.
Semasa zamanku ini,UM terkenal dengan pelontar suara yang berani sampai ada yang digantung pengajian kerana aktifnya mereka melaungkan suara di negara demokrasi sebelah ini.

Pengajianku di sini aku rasa sangat membuka minda aku kepada situasi masyarakat,memang yurannya mahal,kebebasan dan demokrasi sebenar aku rasa disini walau hakikatnya tidaklah sangat.

Aku pernah dihimpun di sebuah bilik gerakan oleh seniorku.Alasan mulanya untuk pertandingan kugiran,rupanya aku kena menjadi ahli gerakan itu untuk membuat bunting calon xxx,segala ditanggung kawan-kawan.Satu terlintas di hati aku,duit siapa?Mereka mengatakan itu dari pengurusan,ouh maksudnya pengurusan juga berpihak sebelah sebelah.Merasa aku ditipu,akhirnya aku pulang dan tidur,tidakku kira duit itu semua dan tugas itu walau mereka senior.

Masyarakat di university ini mengajar aku untuk lebih berdikari,suasana belajarnya adalah sesuatu yang asing,pasif dikira engkau mahsiswa lembap!

Perpustakaan Utama university ini mungkin aku boleh katakana sebagai rumah kedua aku.Segala tugasan dan segala jenis buku yang aku impikan semua ada disini.Di perpustakaan ini ramai manusia menggunakan kemudahan ini.Kalau di bandingkan di kawasan tempat tinggalku,perpustakaan awam daerah seperti rumah usang!

Bukunya menyedihkan,aku hampir menangis melihat keadaan perpustakaan daerahku.Darah ilmu di dalam masyarakat kita mungkin tidak setinggi mereka di negara lain.Betul aku rasa ada satu tanggapan mengatakan rakyat di negara ini kadar membacanya adalah menyedihkan.Bagaimana kalau kita hendak ke hadapan kalau bidang ilmu itu sendiri bukan menjadi budaya kita.Kalau sekadar material,mungkin kita boleh mencapai tetapi dalam kadar intelektual dan lapangan ilmu,kita masih jauh ketinggalan dari tahap kemajuannya.


"Ramai manusia berjaya dalam hidupnya dengan permainan liciknya,
tetapi jangan lupa karma pasti memburunya"- Koroi

1 comment:

  1. Okay, cerpen sahaja.

    Syaratnya begini. Kau perlu jadi orang yang akan mati dalam masa terdekat. Tak kira la nak bunuh diri ke, sakit kanser ke, menunggu hukuman gantung ke, tapi kau akan mati.

    Jadi tulis satu cerpen tentang apa apa berkaitan kematian kau tu, mungkin nak tulis surat untuk seseorang, tulis kenapa kau akan mati, kenapa dihukum gantung dan sebagainya. Tak ada limit patah perkataan.

    Ingat, tulis sebagai kau yang mati, jadi kena pakai sudut pandang pertama, pakai watak 'aku'. Deadline esok, jam 12 tengahari. Hantar ke email karyazsm@gmail.com dengan subjek "Cerpen Mati". Selamat menulis!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...