Thursday, March 14, 2013

Aku Kampung dan Kota #1

Sinonim dengan anak kampung bahawa cita-citanya adalah ke bandar kota.Kota menjanjikan seribu satu alasan untuk menarik perhatian anak muda yang gersang dengan pengalaman.Kota biasalah dengan materialnya mencarik dan menghambat anak kampung ke sana.

Tidak terkecuali aku seorang anak kampung yang menjadikan alasan menyambung pengajian sebagai platfom untuk aku menari menghambar jala kehidupan ke kota metropolitan negara Malaysia.

Mesti kau semua ingat ini cerita tipikal biasa yang menceritakan kisah kehidupan manusia yang langsung tidak dikenali.Apa salahnya,cerita tentang kehidupan,salah satu disiplin untuk kau mahir dalam menrencana kehidupan mendatang.Aku menulis begitu skema dan berbutir-butir ayatnya kerana aku pencinta bahasa,biarlah penulis lain menggunakan pendekatan yang lebih santai dari aku yang berskema dan mengalun-alun ini.

Terpulang kepada engkau untuk mentafsir dan membaca karya cabuk aku yang tidak seberapa ini.Hai kawan menulis ibarat kau melukis dan menyanyi,tiada sekatan dan sempadan untuk kau berkarya dan meluahkan ekspresi jiwa.

Aku siapa?anak muda yang kini telah menjejak kaki di bandar kota metropolitan.Melanjutkan pengajian di universiti tertua yang terletak di pinggir kota metropolitan.Baru berusia hingusan.Bertatih masih lah tidak stabil,sama seperti engkau yang membaca,masih dalam proses pembelajaran.

Kalau ditanya fakulti mana aku belajar,sudah tentu sastera dan sains sosial.Belajar tentang engkaulah manusia,fakulti yang mempunyai stigma dan pandangan yang cetek dan rendah dari masyarakat universiti lain amnya.

Skema atau tidak aku?nanti di dalam perjalanan cerita sedikit sebanyak engkau akan mengenali aku.Sama-sama kita cuba mengembara dan mencakna minda di dalam cerita yang tidak seberapa ini.

Kau aku dan dia adalah sama.Makhluk ciptaan tuhan.Kerdil rasanya di dalam realiti kerana hanya di dalam epik cerita seseorang boleh merubah menjadi gergasi dan besar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...