Wednesday, February 20, 2013

Buat Hawa

Aku mengerti kebobrokan diri,
mengerti jahilnya aku kepada DIA,
jauhnya aku untuk mendapat nikmatNYA,
selalu bermonolog sampai lupa DIA di sana memerhati.

Buat hawa yang membaca,
jagalah dirimu sebaik mungkin,
badai dan gembira,
kadangkala sukar di bezakan.

Tataplah dirimu untuk empunya diri,
sesungguhnya cinta yang hadir tatkala engkau durjana,
kadangkala itu adalah ujian buat kamu,
DIA suka menduga kita dalam sinar dan duka.

Hawa,
jagalah dirimu,
jagalah imanmu,
jagalah tatamu.

Kalau ditakdirkan jodoh,
jumpa lah engkau kepada Adam mu Hawa,
jangan berdurjana dan bergembira bagai,
DIA sentiasa ada untukmu.

Cinta dunia kadangkala racun,
kadangkala penawar,
DIA penentu segalanya,
insyallah temui engkau di puncak sana.

-Jay waii-

Saturday, February 9, 2013

Rasa ini

Kini bersua kita lagi di alam mimpi,
mimpi layu menghambat kita ke arah kecelakaan,
mimpi ngeri bagi manusia,
mimpi segala celaka mimpi.

Hei engkau di sana,
bodohkah aku?
bengapkah aku?
bingaikah aku?

Hei engkau di sana,
jangan cuba menghambat memori,
engkau dan dia,
pergi jauh dari aku.

Pergi sejauh mungkin dari diri aku yang hina ini,
jangan pernah menunjuk,
aku tahu bahagia menanti engkau di sana,
sedangkan bahana dan kegelapan menghambat aku di sini.

Cuba aku membenci,
membenci perkenalan kita dahulu,
memori yang meracun aku ke lembah hina,
hina sehinggal bacul menjelma.

Bahagia sana,
jangan tersenyum sinis kepada aku,
pergi sana,
biarkan aku !

Wednesday, February 6, 2013

Cinta Seorang Forever Alone

Cantik rupawan wajahmu menggamit seribu satu rasa.Mampu menarik perhatian semua jejaka idaman.Sekali kau memandang pasti terburai mata jejaka jantan melihat kau termasuk aku yang Forever dan Alone ini.

Cinta kita berputik saat kau hadir di dalam hidupku.Saat kau membelai aku dengan penuh kasih sayang.

Ciss~~~

Hari ini kenapa engkau tidak datang,ke mana engkau pergi?Engkau mendiam membisu,engkau tahu aku merindui engkau setengah mati gamaknya.Cinta berputik dan mekar semakin mekar.
Walau engkau janda anak empat.Aku tidak peduli,aku mahu diri kau.Kau paham ?Engkau dan hati engkau.
Di dalam dunia ini tiada siapa yang melayan aku seperti engkau.
Engkau tahu selepas aku ditinggalkan kekasih,semenjak aku menjadi Forever Alone ni.Jiwaku berkecamuk hiba dan semua rasa kepahitan sudah aku rasai.Engkau hadir betul-betul pada waktunya.

"Ang duduk pikiaq pasai pa?"

"Aku dilamun cintaaa"

Cinta dan cinta dan cinta.Gila engkau bermain dengan perasaan..Saat kau berbisik kepadaku..Fuhhh! sumpah aku jatuh hati.Matamu yang galak.Badanmu yang cantik dan slim ibarat model.Dambaan betul!

Walau imanku senipis kalbu.Tetapi tetapku dapat menahan dari dirimu yang asyik..Kehkeh

Sekejap..

Kita tak boleh bercinta wahai sayang! kau dan aku berlainan jenis!
baru ke sedar rupanya engkau seekor kucing berbulu tebal mata galak!
Aaaa Motmot nama engkau..baru lahirkan 4 ekor anak yang comel macam engkau.kahkah
Aku faham setiap kali Motmot mengiaw maknanya dia sayang aku..haha
Ini lah cinta seorang Forever Alone yang buta sampai matanya..hihihi

Kahkah I love You Motmot! :3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...