Tuesday, January 8, 2013

Crush atau Melanggar atau Memusnahkan?

Sebenarnya sudah sekian lama aku tak menulis di laman sesawang bersawang sawang seperti blog aku yang sangat menjelekkan ni..Sejak kebelakangan ni aku sering nampak perkataan "Crush" sering berkumandang di laman burung biru atau laman muka buku.Terfikir aku sejenak apa benda alah maksud perkataan ini,apabila diterjemah ke perkataan melayu,jadinya mcm melanggar sesuatu,tapi yang best,aku google crush ni,keluar gambar ni haa..

Kahkahkahkah ini memang guwa gelak abis bila tengok

Bila aku tanya kawan-kawan maksud "Crush" ini aku macam dapat sedikit pencerahan lah gitu ceritanya,ada yang suruh aku dengar lagu David Archuleta tajuk dia Crush..Aku sendiri tak pernah dengar lagu mamat yang reti cakap awesome bila kena temu ramah tu -.-" Akhirnya baru aku dapat menghadam maksud "Crush" atau melanggar atau menghancurkan dalam terjemahan bahasa melayu..hihi Rupanya al kisah telah dimasyhurkan oleh sekalian umat bahawa "Crush" ini adalah bahasa "Urban" atau bahasa moden konon bermaksud seperti kekasih gelap gamak maksud dia sebenarnya,macam kau suka seseorang,tapi tanpa kau terjemahkan kepada dia melalui perkataan,kau tak pernah cakap guwa cinta lu,kau berkawan dia dan sangat rapat tetapi kau masih di zon kawan,itu lah maksud "Crush" yang aku cuba hadam dari kajian kaji selidik di laman burung biru..haha kira kau suka seseorang tanpa dia tahu maksudnya kau "Crush" dia,macam dia melanggar perasaan kau atau kau melanggar perasaan kau begitu lah cerita dia..Dulu dulu orang cakap situasi spesis ni sebagai kekasih gelap,tapi apa kan daya,ayat kekasih gelap tu macam menakutkan mungkin barangkali..haha 

Kalau buka isu ni pasti kau kena tengok cermin seketika,kau ada mengalami situasi spesis pelik ni?
kalau aku tipu kalau tiada yang melanggar atau dilanggar ni,kahkah
mungkin ada mungkin tiada,itu semua rahsia aku..kohkoh
cuba bayangkan semasa aku menulis di kala pagi nan indah ini,
seseorang sedang memikir perkara yang sama macam apa yang aku sedang bebel dan utarakan ini,
kesimpulannya cinta itu tidak mengenal masa dan rupa dan tingkah laku dan bentuk fizikal kau dan dan dan
hahaha
Mencintai bukan satu jenayah kerana itu adalah fitrah manusia,
mencintai itu luas maknanya kawan kawan,
cinta kepada ilahi,
cinta kepada alam,
cinta kepada manusia,
tetapi apabila manusia berbicara tentang cinta,
pasti ilusi dan fantasi dimomokkan di dalam cerita,
carilah cinta,
biar sampai ke syurga kau bersama,
tetapi carilah cinta yang hakiki.

uhuk uhuk uhuk :3



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...