Friday, January 18, 2013

Lutut dan Otak

Di mulakan dengan bismillah,
di sudahi dengan alhamdulillah,
bla bla bla bla,
errr aku tak ingat =-="

Lutut dan otak itu berbeza kalau engko orang nak tahu.Otak itu letaknya di atas dan lutut letaknya di kepala lutut yang dianggarkan terletak setengah kaki dari tanah dan lebih kurang beberapa darjah utara dan selatan.
Cerita bermula apabila ramai-ramai emo dan bising dan bangun menentang manusia yang bernama Shariffah Jabaen ke Jaben..entah aku tak pasti eja nama dia macam mana dan malas aku nak google.blerghh -.- 
Berkenaan dengan isu dia merendahkan mahasiswa,meletakkan manusia setaraf dengan haiwan,trademark dia berbunyik "listen.listen,listen and let me speak" malas nak cerita panjang sebab engko orang boleh baca dan dengar dekat youtube atau google.Cliche sangat kalau aku cerita balik kan..Berkenaan dengan lutut dan otak,dua anggota badan manusia ini sangat signifikan kerana sejak aku kecil,kalau kau tu bodoh atau tolol mesti akan berbunyi ayat yang sangat sangat diingati sebab aku selalu kena kerana kebebalan aku suka bertanya kepada orang yang lebih tua atau kawan-kawan atau cikgu-cikgu.Apabila sesetengah jawapana mereka yang kearah malas,mereka akan jawab tak tahu atau "Kau ni tak tau ke,itulah otak letak kat lutut macam mana tak pasal benda itu ini"masa kecil kecil aku dengan sedihnya pun berlari ke perigi,menangis-menangis kerana disamakan otak aku dengan kepala lutut atau otak aku tu di lutut,menangis nangis lah aku dalam kesepian menangis mengenang nasib yang bakal menimpa..hahaha *ok ini aku tipu,kahkahkah

Mungkin ada sapa sapa boleh jelaskan ini...haha lulz

Kalau kita nak menilai kebijaksanaan seseorang bukan berdasarkan penampilannya,juga bukan berdasarkan pencapaian yang engko sudah ada,PHD ke Degree ke O level ke Z level ke Sarjana ke Saujana ke.Sebab itu semua hanyalah sesuatu yang bersifat kebendaan ataupun materialistik ataupun peringkat ataupun entah..hmm kalau bilanya kau berkata atau menjawab soalan tidak seperti level yang engko ada tu,rasanya sebenarnya apabila kau belajar untuk mencapai tahap tu,kau seorang yang tamak dan haloba,sebab kau belajar dan mencapai tahap tu bukan sebab kecintaan engko terhadap ilmu,tetapi lebih kepada sesuatu yang lebih duniawi dan materialistik.Bukan nak cakap aku ini seorang yang suka mengklafikasikan atau judge seseorang,cuma aku cukup kecewa dan muak dengan sesetengah bila berkata lebih kepada berkata dengan lutut bukan menggunakan akal,melabon dan merapu tapi satu benda tidak ada value,seperti surat khabar di Malaysia,bukan mendidik tetapi lebih ke arah populariti dan keutungan,berita yang tidak mencakna minda itu saja yang keluar,sama seperti manusia yang berkata dengan lutut,menjatuhkan aib seseorang,menghina seseorang,dan konsep "aku tua dan engko perlu dengar cakap aku walau macam mana sekalipun dan hormat aku tanpa banyak bunyi" haaa itulah itulah masalah di dalam masyarakat kita,bukan nak diminta kebebasan,tetapi kadang kala suara seseorang yang lebih rendah tarafnya dari kita lebih bersifat realiti sebab mereka lebih mengenali hidup daripada manusia yang tarafnya tinggi.At least kau ambil tahu dan cuba memahami mereka yang lebih rendah tarafnya dari engko itu daripada engko membajetkan diri engko sempurna dan bagus.Kadang kala ego membunuh.

Mari sini aku surahkan satu cerita:

Satu masa dahulu diceritakan seorang doktor yang bernama Adam dan mempunyai seorang anak yang berumur 6 tahun.Dia adalah seorang doktor pakar,suatu masa datang seorang pesakit yang telah mengalami trauma yang amat sangat dalam.Trauma di mana dia tidak boleh tidur malam,doktor klafikasikan penyakit itu ialah insomnia,tetapi perkara yang menganggu pesakit ini untuk tidak malam ialah kerana dia trauma dengan kemunculan raksasa di bawah katilnya setiap kali dia ingin tidur,sudah diberi ubat tidur,sudah diberi bermacam-macam rawatan tidak berkesan dan berjalan juga..Akhirnya doktor-doktor itu telah membuat mesyuarat dan meja bulat berbincang tentang masalah itu,solusi tidak diketemui juga.Doktor Adam telah diberi tugas untuk mencari solusi itu.Dia balik dengan wajah yang muram dan gundah gulana.Anaknya yang berumur 6 tahun yang sedang bermain mengajak ayahnya untuk bergurau tetapi tidak dilayan Adam.

"Ayah kenapa muka sedih,marilah main anak patung ni"kata anak kecil itu
"Takpa lah,ayah takdak mood lah nak"jawab ayahnya sugul.
"Ayah ada masalah ke?boleh adik tolong"tanya anak kecil itu lagi
"Ye ada masalah kat tempat kerja"jawab Adam perlahan.
"masalah apa ayah,boleh adik tau?mana tau boleh tolong kan"budak kecil tu tak puas hati tanya lagi
"Boleh ke adik selesaikan masalah yang doktor pakar pun tak mampu selesaikan?Adam menduga
"Mana lah tau kan " -_- budak kecil tu buat muka
"Macam ni kt hospital ada penyakit yang trauma tak boleh tidur sebab dia trauma ada raksasa bawah katil dia,da macam macam kita orang buat,tak berhasil"terang panjang lebar Adam
"Apalah ayah,senang je,potong je lah kaki katil tu,biar raksasa tu tak boleh masuk bawah katil dia"slumber budak kecil tu jawab
"What the,tak terfikir!"jawab orang tua tu.

Esoknya Dr Adam dengan lincah dan pantas terus mengutarakan idea anaknya itu,keempat kaki katil dipotong dan akhirnya pesakit itu boleh tidur malam dengan lenanya.Dr Adam terfikir dan membuat konklusi bahawa tidak semua perkara kita pandai kadang kala kita kena mendengar cakap orang yang lebih muda dan rendah dari kita kerana kadang kala mereka mempunyai sesuatu yang lebih baik dari kita kerana minda mereka membuat jawapan berdasarkan kepada kehidupan bukan berdasarkan buku dan kajian.

Panjang lebar aku menulis kali ini macam orang tua hanyalah ingin mengutarakan pendapat aku tentang setiap manusia itu sama,walau setinggi mana engko berada,level dan penampilan bukan pengukur kepada kebijaksaan engko,menghormati seseorang bukan berdasarkan umurnya atau pun pangkatnya,tetapi hormatilah seseorang kerana ilmunya.Kebebasan dalam ilmu bukan kah lebih baik daripada kebebasan dalam hal lain?kerana sekurang-kurangnya minda kita itu berjalan dan dicakna bukan dibonsaikan mengikut acuan.

Sunday, January 13, 2013

Muhamad Farhan Bin Jamil


Ditemani secawan kopi yang berasap,
mengingatkan aku tentang di kau,
hero dan tunjang kepada kehidupan aku selepas abah,
hero sepanjang masa yang sentiasa menjadi azimat aku.

Wahai abangku yang disayangi Tuhan,
damai engkau di sana,
melihat kami adik-adikmu yang bertatih,
mengenal dunia dan realiti 

Dunia ini bukan fantasi,
dunia ini realiti semata-mata,
pemergian kau di samudera,
tenggelam bersama lautan biru,

Kuburmu hanya di sana,
jasadmu tidak ditemui hampir enam belas tahun,
bersemadi bersama pasir dan karang di lautan,
lautan China Selatan sesungguhnya menyorokkan jasadmu,
tuhan menyayangimu,

Wahai abangku yang disayangi,
kami merinduimu,
kami merindui semangatmu mengajak kami menggengam dunia,
kini adikmu sudah berdiri di menara gading,
tinggal masa untuk membuat abah dan ibumu tersenyum

Doakan kami disini agar sentiasa mengingatimu dalam doa,
semoga tuhan membantu kami untuk kuat bersamamu,
wahai Farhan,
damai lah engkau disana

semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat mereka yang beriman.
kami sayang kepada engkau wahai abang,
jangan pernah lupa untuk menjenguk kami dari sana,
tunggu kami untuk menyusuli engkau ke sana.
al fatihah




Tuesday, January 8, 2013

Crush atau Melanggar atau Memusnahkan?

Sebenarnya sudah sekian lama aku tak menulis di laman sesawang bersawang sawang seperti blog aku yang sangat menjelekkan ni..Sejak kebelakangan ni aku sering nampak perkataan "Crush" sering berkumandang di laman burung biru atau laman muka buku.Terfikir aku sejenak apa benda alah maksud perkataan ini,apabila diterjemah ke perkataan melayu,jadinya mcm melanggar sesuatu,tapi yang best,aku google crush ni,keluar gambar ni haa..

Kahkahkahkah ini memang guwa gelak abis bila tengok

Bila aku tanya kawan-kawan maksud "Crush" ini aku macam dapat sedikit pencerahan lah gitu ceritanya,ada yang suruh aku dengar lagu David Archuleta tajuk dia Crush..Aku sendiri tak pernah dengar lagu mamat yang reti cakap awesome bila kena temu ramah tu -.-" Akhirnya baru aku dapat menghadam maksud "Crush" atau melanggar atau menghancurkan dalam terjemahan bahasa melayu..hihi Rupanya al kisah telah dimasyhurkan oleh sekalian umat bahawa "Crush" ini adalah bahasa "Urban" atau bahasa moden konon bermaksud seperti kekasih gelap gamak maksud dia sebenarnya,macam kau suka seseorang,tapi tanpa kau terjemahkan kepada dia melalui perkataan,kau tak pernah cakap guwa cinta lu,kau berkawan dia dan sangat rapat tetapi kau masih di zon kawan,itu lah maksud "Crush" yang aku cuba hadam dari kajian kaji selidik di laman burung biru..haha kira kau suka seseorang tanpa dia tahu maksudnya kau "Crush" dia,macam dia melanggar perasaan kau atau kau melanggar perasaan kau begitu lah cerita dia..Dulu dulu orang cakap situasi spesis ni sebagai kekasih gelap,tapi apa kan daya,ayat kekasih gelap tu macam menakutkan mungkin barangkali..haha 

Kalau buka isu ni pasti kau kena tengok cermin seketika,kau ada mengalami situasi spesis pelik ni?
kalau aku tipu kalau tiada yang melanggar atau dilanggar ni,kahkah
mungkin ada mungkin tiada,itu semua rahsia aku..kohkoh
cuba bayangkan semasa aku menulis di kala pagi nan indah ini,
seseorang sedang memikir perkara yang sama macam apa yang aku sedang bebel dan utarakan ini,
kesimpulannya cinta itu tidak mengenal masa dan rupa dan tingkah laku dan bentuk fizikal kau dan dan dan
hahaha
Mencintai bukan satu jenayah kerana itu adalah fitrah manusia,
mencintai itu luas maknanya kawan kawan,
cinta kepada ilahi,
cinta kepada alam,
cinta kepada manusia,
tetapi apabila manusia berbicara tentang cinta,
pasti ilusi dan fantasi dimomokkan di dalam cerita,
carilah cinta,
biar sampai ke syurga kau bersama,
tetapi carilah cinta yang hakiki.

uhuk uhuk uhuk :3



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...