Monday, December 31, 2012

2013

Berjalan kita mencari cahaya dan penghayatan,
sambil sambil kita mencari siapa kita,
siapa DIA,
siapa empunya hati,
arghh hidup ini satu putaran yang zalim

kalau dikira kini sudah rasmi termaktub kalendar 2013,
rasanya tiada beza antara dahulu dan sekarang,
jam masih berputar,
jalan yang masih sama,
diri yang semakin menua

Dahulu sering merintih,
kini mahu lagi kau merintih?
merintih itu mampu buat kau sedar siapa kau,
tetapi telalu merintih hanyalah untuk mereka yang lemah

wahai kawan
persimpangan demi persimpangan kita sudah jejak
pelbagai lorong sudah kita jejaki
baik kau tersesat
baik kau jumpa kembali jalannya

hey kawan kawan
selamat tahun baru
semoga kau temui siapa diri engkau
semoga hidup kau berseri
semoga baik baik saja!
^_~"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...