Friday, July 20, 2012

Wilayah Asing

Wilayah asing kini aku duduki,
wilayah asing di mana hampir  enam purnama aku tidak jejaki,
wilayah asing yang begitu asing buat aku,
terlupa aku untuk membias diri dengan wilayah asing ini,

Apa wilayah asing yang engkau bebelkan?
perlu aku bilang di mana aku berada?
engkau kisah dengan diri aku lagi?
siapa engkau untuk bertanya kepada aku?

Tenang sahabat,
engkau patut tahu,
empunya akal ini sedang dalam proses melepasi merana,
merana yang berjaya meragut ego dan bongkak sang akal ini,
balasan tuhan datang satu demi satu setelah dia terdampar di sini.

Wilayah ini patut diberi tuhan kepada dia,
balasan setimpal untuk dosa-dosa lampaunya,
biar dia belajar bertatih semula untuk bangkit,
biar dia belajar untuk berjalan dalam kesyukuran.

Wilayah apa yang engkau bebelkan budak SIAL?
engkau memang gila dan gila,
bebelkan sesuatu yang tiada,
wilayah apa yang engkau rintihkan SIAL?

Wilayah kesepian wahai sahabat,
wilayah yang sudah lama aku tidak menjejak kaki,
cinta datang dan akhirnya pergi,
rakan datang dan pergi.

Akhirnya meninggalkan aku terdampar di sini,
di wilayah kesepian cinta,
di wilayah kesepian diri,
aku merindui saat semua tampak seperti syurga dahulu.

Ilusi
ilusi
ilusi
tuhan maafkan aku,
terima kasih atas dugaanmu,
moga empunya akal ini menjadi waras kembali,
seperti dahulu kala. :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...