Sunday, June 3, 2012

Buat Engkau FE dan keluarga

Ya Allah 
tuhan pencipta seluruh alam
tiada yang lebih dari kekuasaan mu,
kau pencipta alam semesta,
kau ibarat seorang direktor filem,
alam semesta hanya pentas pembikinan mu,
haa manusia?
pastinya manusia pelakon pelakon layar perak mu.

Segala yang dicipta mu ada sisi hitam dan putihnya,
yang buruk pasti ada cantiknya,
yang jahat pasti ada baiknya,
yang budiman pasti ada kejamnya,
yang hidup pasti ketemu matinya,
lumrah yang kau sisip untuk makhluk alam
semestinya termasuk manusia spesis pilihan.

Dugaan yang engkau cipta,
pasti terpalit hikmah yang tidak pernah diduga manusia,
manusia bebal akan buta matanya melihat hikmah mu,
manusia berakal pasti berusaha mencari hikmah dugaan mu.

Ya tuhanku Allah,
aku tidak berdaya,
membungkam mata menahan resah,
dugaanmu datang silih berganti,
manusia hilang darah dagingnya sendiri,
masakan aku boleh ketawa melihatnya?
menangis meluluh aku mendengar khabar berita,
kerna aku pernah merasai kehilangan darah daging sendiri
16 tahun lampau mengamit seribu kedukaan hati.

Sambil aku di sini hanya mengharap,
mereka cekal,
mereka tabah,
bersama-sama menempuh dugaan ini,
dengan rasa penghormatan 
yang disulami kesedihan.

Kepada Fairuz Ezzaty sekeluarga,
moga engkau semua semakin erat hubungan keluarganya,
dan engkau bakal menjadi ibu kedua kepada adik-adik,
aku di sini berharap engkau mampu menjadi penaung mama mu
tika dia keseorangan
dan menjadi peneraju keluarga mu kerna engkau adalah
srikandi,

al-fatihah

walau aku tidak mengenali mu,
tapi aku tahu engkau bapa yang unggul bagi mereka.
Rest in peace Encik Rumaizei .






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...