Monday, December 31, 2012

2013

Berjalan kita mencari cahaya dan penghayatan,
sambil sambil kita mencari siapa kita,
siapa DIA,
siapa empunya hati,
arghh hidup ini satu putaran yang zalim

kalau dikira kini sudah rasmi termaktub kalendar 2013,
rasanya tiada beza antara dahulu dan sekarang,
jam masih berputar,
jalan yang masih sama,
diri yang semakin menua

Dahulu sering merintih,
kini mahu lagi kau merintih?
merintih itu mampu buat kau sedar siapa kau,
tetapi telalu merintih hanyalah untuk mereka yang lemah

wahai kawan
persimpangan demi persimpangan kita sudah jejak
pelbagai lorong sudah kita jejaki
baik kau tersesat
baik kau jumpa kembali jalannya

hey kawan kawan
selamat tahun baru
semoga kau temui siapa diri engkau
semoga hidup kau berseri
semoga baik baik saja!
^_~"

Wednesday, August 22, 2012

Hidup dan kita

Hidup bernafas di muka bumi tuhan,
boleh berkias tentang syurga dan neraka dunia,
hidup sentiasa diwarnai kemerahan duka dan bahagia,
berlari bergolek menangis warna pelangi manusia ciptaan tuhan.

Bak bait lirik lagu Nidji,
Bersyukurlah pada yang kuasa,
cinta kita di dunia,
selamanya,
merungkai kepedihan warna pelangi hidup manusia.

SYUKUR,
SYUKUR,
SYUKUR!

Kata keramat ciptaan alam,
kata keramat bagi tuhan,
kata keramat untuk manusia,
kata keramat yang bisa dan meracun,
membunuh setan dan ego sekalian umat!

-Jaywaii-
Selasa 3/7/2012
Parit Jawa.



Friday, July 20, 2012

Wilayah Asing

Wilayah asing kini aku duduki,
wilayah asing di mana hampir  enam purnama aku tidak jejaki,
wilayah asing yang begitu asing buat aku,
terlupa aku untuk membias diri dengan wilayah asing ini,

Apa wilayah asing yang engkau bebelkan?
perlu aku bilang di mana aku berada?
engkau kisah dengan diri aku lagi?
siapa engkau untuk bertanya kepada aku?

Tenang sahabat,
engkau patut tahu,
empunya akal ini sedang dalam proses melepasi merana,
merana yang berjaya meragut ego dan bongkak sang akal ini,
balasan tuhan datang satu demi satu setelah dia terdampar di sini.

Wilayah ini patut diberi tuhan kepada dia,
balasan setimpal untuk dosa-dosa lampaunya,
biar dia belajar bertatih semula untuk bangkit,
biar dia belajar untuk berjalan dalam kesyukuran.

Wilayah apa yang engkau bebelkan budak SIAL?
engkau memang gila dan gila,
bebelkan sesuatu yang tiada,
wilayah apa yang engkau rintihkan SIAL?

Wilayah kesepian wahai sahabat,
wilayah yang sudah lama aku tidak menjejak kaki,
cinta datang dan akhirnya pergi,
rakan datang dan pergi.

Akhirnya meninggalkan aku terdampar di sini,
di wilayah kesepian cinta,
di wilayah kesepian diri,
aku merindui saat semua tampak seperti syurga dahulu.

Ilusi
ilusi
ilusi
tuhan maafkan aku,
terima kasih atas dugaanmu,
moga empunya akal ini menjadi waras kembali,
seperti dahulu kala. :)


Sunday, June 3, 2012

Buat Engkau FE dan keluarga

Ya Allah 
tuhan pencipta seluruh alam
tiada yang lebih dari kekuasaan mu,
kau pencipta alam semesta,
kau ibarat seorang direktor filem,
alam semesta hanya pentas pembikinan mu,
haa manusia?
pastinya manusia pelakon pelakon layar perak mu.

Segala yang dicipta mu ada sisi hitam dan putihnya,
yang buruk pasti ada cantiknya,
yang jahat pasti ada baiknya,
yang budiman pasti ada kejamnya,
yang hidup pasti ketemu matinya,
lumrah yang kau sisip untuk makhluk alam
semestinya termasuk manusia spesis pilihan.

Dugaan yang engkau cipta,
pasti terpalit hikmah yang tidak pernah diduga manusia,
manusia bebal akan buta matanya melihat hikmah mu,
manusia berakal pasti berusaha mencari hikmah dugaan mu.

Ya tuhanku Allah,
aku tidak berdaya,
membungkam mata menahan resah,
dugaanmu datang silih berganti,
manusia hilang darah dagingnya sendiri,
masakan aku boleh ketawa melihatnya?
menangis meluluh aku mendengar khabar berita,
kerna aku pernah merasai kehilangan darah daging sendiri
16 tahun lampau mengamit seribu kedukaan hati.

Sambil aku di sini hanya mengharap,
mereka cekal,
mereka tabah,
bersama-sama menempuh dugaan ini,
dengan rasa penghormatan 
yang disulami kesedihan.

Kepada Fairuz Ezzaty sekeluarga,
moga engkau semua semakin erat hubungan keluarganya,
dan engkau bakal menjadi ibu kedua kepada adik-adik,
aku di sini berharap engkau mampu menjadi penaung mama mu
tika dia keseorangan
dan menjadi peneraju keluarga mu kerna engkau adalah
srikandi,

al-fatihah

walau aku tidak mengenali mu,
tapi aku tahu engkau bapa yang unggul bagi mereka.
Rest in peace Encik Rumaizei .






Saturday, April 21, 2012

Bung Kacak


Embun sepoi-sepoi bahasa,
melagukan tentang pertemuan ukhwah yang datang,
saat diri aku dalam kegelapan maya,
saat diri aku butuh merindui kasih seorang abang.

Hadir engkau memecah suasana,
terdetik aku bermonolog sendirian rupa,
ouh tuhan masih sayangkan aku sebegitu rupa,
datangnya memberi seribu pengertian dalam diri aku yang hina.

Kasarnya bukan kepalang menggila,
kasarnya bukan untuk mulia,
kasarnya untuk mendidik kita,
budinya sentiasa di dalam jiwa.

Insan yang bernama Faizal Amir,
engkau digelar Kacak yang tegar,
paras dan rupamu hanya omongan dunia,
jiwa dan rohmu penguat anak muda.

Seperti selalu kau bilang,
ingat kita semua masih berjalan,
teruskan berjalan kehadapan,
jalan sambil menoleh ke belakang,
tapi jangan engkau cuba bersandar pada kenangan.



                                                                                                       
                                                                                                     salute untuk engkau
                                                                                                   -jaywaii-

Monday, February 20, 2012

Si Cantik Manis

Siapa yang cantik?
cantik tu siapa?
kau tahu gerangan empunya yang bernama cantik?
aku tak tahu pun siapa cantik dan aku tak kenal pun cantik itu siapa?
seumur hidup aku mencari dan menjelajah mencari cantik
tak jumpa jumpa
yang aku jumpa
"wei fasha shanhgda cantik,wei lisgha sughani cantik,wei minah tu cantik bla bla bla"
macam mana si cantik ini boleh dibezakan dari manusia yang lain
tiba tiba aku rasa dikriminasi pulak
kalau kau tahu siapa cantik?
bilang sama aku
jangan kau gaduh sebab cantik
sebab cantik tak wujud
semua manusia cantik dan serupa
dikriminasi hanya satu dosa
dia cantik
kau kena kata mereka cantik
tapi siapa cantik?
haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...