Monday, December 19, 2011

Egois Bangsa

Keganasan melanda di mana-mana,
penipuan berlaku di sekeliling kita,
yang kuat akan binasa,
yang pentingkan diri akan mati jua.

Korupsi berlaku di mana-mana,
wang menjadi pujaan hati semua,
yang tamak akan gelap hati,
kebenaran pasti terkunci.

Kebuluran berlaku di mana-mana,
pembangunan berlaku di sini dan sana,
yang tamak akan tersenyum melihat kita,
yang lapar akan terus dihimpit laparnya.

Ingatlah hanya dia ketua kita,
hanya dia ketua bangsa,
dia juga pengkhianat kita,
jangan biarkan diri ditindas oleh mereka,
mereka egois bangsa,
egois bangsa merdeka,
egois generasi merdeka


Pssst= aku dedikasikan surah ini untuk semua ketua bangsa manusia 
-Jaywaii-




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...