Friday, November 4, 2011

Cita-cita


Setiap manusia pasti mempunyai impian
impian di dalam bentuk material atau di dalam bentuk pencapaian
cita-cita juga termasuk dalam erti kata impian ni
ada yang ingin mencapai kejayaan lahiriah dunia dan kehidupan selepas mati
dan macam-macam lagi lah
ini semua adalah CITA-CITA

aku kadangkala cemburu melihat manusia yang optimistik dengan cita-citanya
cita-cita menjadi titik tolak kepada kebangkitan manusia untuk menongkah arus kebebalan diri
cita-cita menjadi sesuatu yang sangat istimewa
aku mempunyai cita-cita
tetapi aku mempunyai cita-cita yang samar
banyak yang ingin aku kecapi dalam hidup ini
dan aku sendiri takut 
aku akan menjadi seperti cerita dongeng inggeris
seorang pengembara berjalan mencari kekayaan
di hujung dunia dikatakan adanya timbunan emas
setelah menongkah pelbagai cabaran
apa yang si pengembara ini dapati hanyalah timbunan empeng jagung 
empeng yang berkilau seperti emas
dan akhirnya si pengembara itu mati dalam penyesalan
kerana dia tidak mencapai apa yang dia inginkan sepanjang hidupnya
impian dan cita-cita yang samar
seperti pengembara itu
yang tidak pasti sama ada timbunan emas itu betul wujud atau tak di hujung dunia
sama seperti aku
aku tidak pasti apa yang aku kejari
apa yang aku impikan
harap harap
10 wishlist aku menjadi kenyataan
jadi pada korang semua
selagi kita merasai nikmat hidup
capailah apa yang ingin kita capai dalam hidup ni
hargainya
insyallah kita tidak akan menyesal walau sesaat di dalam hidup kita
WORLD JUST AWESOME! 
hihihi ;p

bak kata columbus dalam Into The Wild

"If you want something in your life,just reach and grab it"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...