Saturday, October 1, 2011

Matang

Matang!

perkara ni menghantui diri aku dari dulu
alasannya aku kurang matang
dan dengan sokongan aku lahir 30/12 
haha
aku ditinggalkan kekasih sebab perkataan tu 
aku jarang dijadikan kawan sebab perkataan tu
aku sendiri tak tau
apa makna matang sebenarnya?
adakah matang tu bermaksud 
kau seorang yang ada semua kemewahan?
kau seorang yang kacak
kau seorang yang bergaya
muka ala ala macho
atau 
kau seorang yang serius
zaman kini
kau sudah dewasa
kau mesti berperangai serius
tiada gelak ketawa
gurauan pun yang serius
hatta kau berak
kau buat muka serius dan ketat?
adakah itu matang 
atau dalam bahasa inggeris "matured"
keh keh

kalau itu semua mengambarkan kematangan
aku rasa dunia sudah terbalik
hihihi

dari pandangan budak sekolah seperti aku
aku merasa tu matang tu tak boleh di buat-buat mungkin
kematangan itu lahir dari pengalaman
kematangan itu bermaksud kau semakin kenal diri kau
kematangan itu bermaksud kau semakin mendewasa bersama diri kau
kalau kau dulu seorang periang pada zaman kanak-kanak
tak mungkin kau boleh buang habit tu bila kau meningkat dewasa kan
ada seorang sahabat aku berkata:
aku rasa kematangan itu dapat diukur dari kata-katanya
maksud dia mungkin dari cara kita berbicara
kematangan seseorang dapat kita hidu
itu pendapat dia lah~
tapi aku rasa
tak perlu la jadi hipokrit
jadi diri kita
hargai diri kita
usah peduli kata-kata orang lain
sebenarnya
kematangan itu hanya dapat diukur oleh
diri kita sendiri 
apabila kita menyelesaikan masalah hidup
disitu had pengukur diri kau
matang ke tak?
jangan cakap seseorang yang macam budak-budak tu
 dia tak matang
diri dia dan diri kita
berbeza  :D



Kata-kata pujangga:
"Lebih baik menjadi seperti kebudak-budakkan,tetapi pemikiran bukan seperti kebudak-budakkan,dari cuba menjadi seorang yang matang,tetapi pemikiran seperti kebudak-budakkan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...