Sunday, September 18, 2011

Hari Merungut Sedunia

Mereka berkata itu dan ini,aku mengangguk kepala seperti seorang hamba,mereka utarakan pendapat mereka,mereka ceritakan pengalaman hidup mereka,mereka ceritakan kisah cinta mereka baik atau buruk,aku seorang sahabat yang baik,seorang pendengar yang setia,baik mereka cerita pasal kehidupan mereka di UNIVERSITI atau di KOLEJ atau di mana mana sekalipun,baik cerita sedih sekalipun,aku tetap mendengar keluhan dan kegembiraan mereka dan mengangguk cuba membantu mereka. aku menjadi tempat mengeluh mereka baik rakan sekelas atau rakan kenalan aku, aku suka bagi semangat kepada mereka supaya mereka teguh dengan kehidupan mereka dan sentiasa optimis dengan keajaiban atau kejayaan hakiki


                                                  ......................................................

TETAPI?
adakah mereka sedar dengan hidup di bawah tekanan aku?
aku berpijak di kaki sendiri lebih 1 tahun
setelah cinta yang aku rasakan sempurna
punah hancur 
kau pernah tau aku bangun dan kadang kala jatuh
aku ketawa kadang kala menangis
aku gembira kadang kala hiba
kau pernah tau aku menangis balik sekolah
 macam budak kecil
bila aku sangkut jawab exam
aku selalu bermonolog sendirian
aku selalu berimaginasi
kau pernah tau semangat aku selalu jatuh
aku selalu cemburu
sebab aku tiada wajah yang rupawan 
seperti kawan kawan aku 
yang selalu dipuji 
selalu menjadi dambaan wanita
kau pernah tau dari kecil hidup aku dipinggiran
zaman gelap aku dulu hanyalah kerana
tiadanya
PERHATIAN terhadap diri aku
manusia sering membeza-bezakan diri aku dan lain
hidup aku dari kecil sampai besar hanyalah inginkan PERHATIAN
aku menjadi manusia prejudis
menjadi manusia hipokrit hanya disebabkan "PERHATIAN"
hidup aku hanya dipergunakan 
baik kawan mahu teman
aku bukan macam kamu semua?
ada tempat untuk mengadu
bila aku mengadukan masalah
masalah aku dianggap picisan

KAU ORANG PERNAH TAU?

lately nie
hidup aku mula stabil
aku bersyukur
hidup aku makin dekat dengan SANG PENCIPTA
lately bukulah peneman hidup aku
lately aku suka
dan sayang seseorang
tetapi hanya diri aku sendiri tahu 
biarlah ini menjadi rahsia 
dia tak perlu tahu pun
kalau dia tahu
mungkin dia malu dengan 
manusia seperti aku
setelah sekian lama aku pendam 
segala masalah aku
aku tidak punya tempat untuk mengulas
dan mengadu
dulu emak menjadi peneman aku
kini aku sedar
mak sudah tua
dan aku tidak mahu membebankannya
aku cuba untuk berdiri di kaki sendiri
dengan harapan tahun 2011 ini
adalah revolusi bagi aku
revolusi konon
insyallah 
=.=

-Jaywaii-




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...