Monday, December 19, 2011

Egois Bangsa

Keganasan melanda di mana-mana,
penipuan berlaku di sekeliling kita,
yang kuat akan binasa,
yang pentingkan diri akan mati jua.

Korupsi berlaku di mana-mana,
wang menjadi pujaan hati semua,
yang tamak akan gelap hati,
kebenaran pasti terkunci.

Kebuluran berlaku di mana-mana,
pembangunan berlaku di sini dan sana,
yang tamak akan tersenyum melihat kita,
yang lapar akan terus dihimpit laparnya.

Ingatlah hanya dia ketua kita,
hanya dia ketua bangsa,
dia juga pengkhianat kita,
jangan biarkan diri ditindas oleh mereka,
mereka egois bangsa,
egois bangsa merdeka,
egois generasi merdeka


Pssst= aku dedikasikan surah ini untuk semua ketua bangsa manusia 
-Jaywaii-




Wednesday, December 14, 2011

2 tahun dalam keajaiban

Tatkala waktu malam yang masih muda ini,
ditemani lagu The Rembrandts dengan tajuk lagu i'll be there for you,
merewang tempurung kepala otak aku,
rakan itu biasa,
sahabat itu luar biasa bukan?
untuk mereka,dia dan engkau
aku karang sesuatu untuk kalian

Sahabat engkau temanku,
sama-sama kita mengenal dunia
Sahabat engkau rakanku,
sama-sama kita mencari makna kehidupan

Hari-hari kita gelak bersama,
hari-hari kita berlari bersama,
hari-hari kita menangis bersama,
demi mencari makna persahabatan.

Sahabat engkau nadiku,
sama-sama kita menongkah pancaroba,
Sahabat engkau saudaraku,
sama-sama kita melihat durjana dunia.

Hari-hari kita bergurau bersama,
hari-hari kita melompat bersama,
hari-hari kita tersenyum bersama,
demi mencapai moksha kehidupan.

Tanggal 14 Disember 2011
engkau dan aku berpisah,
membawa jalan masing-masing,
semoga persahabatan ini tidak melelahkan kita,
woi ingat aku dalam doamu!
haha






Monday, December 12, 2011

Apa Kejadah

Wei!
aku tak mau dengar kerapuan cerita engkau
Wei!
aku menegur kerna aku tidak mahu engkau jadi seperti aku
Wei!
aku tahu engkau punya sejarah yang hebat bak lajenda
Wei!
aku tak mau dengar cerita engkau di sana
Wei!
barangkali engkau lupa
Wei!
makin hari semakin engkau lupa siapa diri engkau
Wei!
aku bukan punjangga
Wei!
aku bukan sasterawan
Wei!
aku bukan kaunselor
Wei!
aku hanya seorang rakan yang lihat kerapuan diri
engkau makin terserlah
Wei!
berhenti berkejadah dengan cerita
Wei!
kita semakin dewasa
Wei!
jangan kau jatuh lagi
Wei!
jangan engkau bermimpi di siang hari
Wei!
Wei!
Wei!
aku penat
aku penat




psst:apa kejadah aku merapu..hehe =.=

Wednesday, December 7, 2011

i wrote this for you

i'm just alone in my line,
i don't know where should i go,
i lost myself and i found you

i miss you
i miss you
i love you
i love you

i don't know what should i say,
the day you come into my life,
all the time you by side

i miss you
i miss you
i love you
i love you

i hope you never forget me,
i hope we will meet again,
i hope we will together.





psstt: hope someday i will play this song in front of her..rock on you! ^^

Friday, November 4, 2011

Cita-cita


Setiap manusia pasti mempunyai impian
impian di dalam bentuk material atau di dalam bentuk pencapaian
cita-cita juga termasuk dalam erti kata impian ni
ada yang ingin mencapai kejayaan lahiriah dunia dan kehidupan selepas mati
dan macam-macam lagi lah
ini semua adalah CITA-CITA

aku kadangkala cemburu melihat manusia yang optimistik dengan cita-citanya
cita-cita menjadi titik tolak kepada kebangkitan manusia untuk menongkah arus kebebalan diri
cita-cita menjadi sesuatu yang sangat istimewa
aku mempunyai cita-cita
tetapi aku mempunyai cita-cita yang samar
banyak yang ingin aku kecapi dalam hidup ini
dan aku sendiri takut 
aku akan menjadi seperti cerita dongeng inggeris
seorang pengembara berjalan mencari kekayaan
di hujung dunia dikatakan adanya timbunan emas
setelah menongkah pelbagai cabaran
apa yang si pengembara ini dapati hanyalah timbunan empeng jagung 
empeng yang berkilau seperti emas
dan akhirnya si pengembara itu mati dalam penyesalan
kerana dia tidak mencapai apa yang dia inginkan sepanjang hidupnya
impian dan cita-cita yang samar
seperti pengembara itu
yang tidak pasti sama ada timbunan emas itu betul wujud atau tak di hujung dunia
sama seperti aku
aku tidak pasti apa yang aku kejari
apa yang aku impikan
harap harap
10 wishlist aku menjadi kenyataan
jadi pada korang semua
selagi kita merasai nikmat hidup
capailah apa yang ingin kita capai dalam hidup ni
hargainya
insyallah kita tidak akan menyesal walau sesaat di dalam hidup kita
WORLD JUST AWESOME! 
hihihi ;p

bak kata columbus dalam Into The Wild

"If you want something in your life,just reach and grab it"

Saturday, October 1, 2011

Matang

Matang!

perkara ni menghantui diri aku dari dulu
alasannya aku kurang matang
dan dengan sokongan aku lahir 30/12 
haha
aku ditinggalkan kekasih sebab perkataan tu 
aku jarang dijadikan kawan sebab perkataan tu
aku sendiri tak tau
apa makna matang sebenarnya?
adakah matang tu bermaksud 
kau seorang yang ada semua kemewahan?
kau seorang yang kacak
kau seorang yang bergaya
muka ala ala macho
atau 
kau seorang yang serius
zaman kini
kau sudah dewasa
kau mesti berperangai serius
tiada gelak ketawa
gurauan pun yang serius
hatta kau berak
kau buat muka serius dan ketat?
adakah itu matang 
atau dalam bahasa inggeris "matured"
keh keh

kalau itu semua mengambarkan kematangan
aku rasa dunia sudah terbalik
hihihi

dari pandangan budak sekolah seperti aku
aku merasa tu matang tu tak boleh di buat-buat mungkin
kematangan itu lahir dari pengalaman
kematangan itu bermaksud kau semakin kenal diri kau
kematangan itu bermaksud kau semakin mendewasa bersama diri kau
kalau kau dulu seorang periang pada zaman kanak-kanak
tak mungkin kau boleh buang habit tu bila kau meningkat dewasa kan
ada seorang sahabat aku berkata:
aku rasa kematangan itu dapat diukur dari kata-katanya
maksud dia mungkin dari cara kita berbicara
kematangan seseorang dapat kita hidu
itu pendapat dia lah~
tapi aku rasa
tak perlu la jadi hipokrit
jadi diri kita
hargai diri kita
usah peduli kata-kata orang lain
sebenarnya
kematangan itu hanya dapat diukur oleh
diri kita sendiri 
apabila kita menyelesaikan masalah hidup
disitu had pengukur diri kau
matang ke tak?
jangan cakap seseorang yang macam budak-budak tu
 dia tak matang
diri dia dan diri kita
berbeza  :D



Kata-kata pujangga:
"Lebih baik menjadi seperti kebudak-budakkan,tetapi pemikiran bukan seperti kebudak-budakkan,dari cuba menjadi seorang yang matang,tetapi pemikiran seperti kebudak-budakkan"

Sunday, September 18, 2011

Hari Merungut Sedunia

Mereka berkata itu dan ini,aku mengangguk kepala seperti seorang hamba,mereka utarakan pendapat mereka,mereka ceritakan pengalaman hidup mereka,mereka ceritakan kisah cinta mereka baik atau buruk,aku seorang sahabat yang baik,seorang pendengar yang setia,baik mereka cerita pasal kehidupan mereka di UNIVERSITI atau di KOLEJ atau di mana mana sekalipun,baik cerita sedih sekalipun,aku tetap mendengar keluhan dan kegembiraan mereka dan mengangguk cuba membantu mereka. aku menjadi tempat mengeluh mereka baik rakan sekelas atau rakan kenalan aku, aku suka bagi semangat kepada mereka supaya mereka teguh dengan kehidupan mereka dan sentiasa optimis dengan keajaiban atau kejayaan hakiki


                                                  ......................................................

TETAPI?
adakah mereka sedar dengan hidup di bawah tekanan aku?
aku berpijak di kaki sendiri lebih 1 tahun
setelah cinta yang aku rasakan sempurna
punah hancur 
kau pernah tau aku bangun dan kadang kala jatuh
aku ketawa kadang kala menangis
aku gembira kadang kala hiba
kau pernah tau aku menangis balik sekolah
 macam budak kecil
bila aku sangkut jawab exam
aku selalu bermonolog sendirian
aku selalu berimaginasi
kau pernah tau semangat aku selalu jatuh
aku selalu cemburu
sebab aku tiada wajah yang rupawan 
seperti kawan kawan aku 
yang selalu dipuji 
selalu menjadi dambaan wanita
kau pernah tau dari kecil hidup aku dipinggiran
zaman gelap aku dulu hanyalah kerana
tiadanya
PERHATIAN terhadap diri aku
manusia sering membeza-bezakan diri aku dan lain
hidup aku dari kecil sampai besar hanyalah inginkan PERHATIAN
aku menjadi manusia prejudis
menjadi manusia hipokrit hanya disebabkan "PERHATIAN"
hidup aku hanya dipergunakan 
baik kawan mahu teman
aku bukan macam kamu semua?
ada tempat untuk mengadu
bila aku mengadukan masalah
masalah aku dianggap picisan

KAU ORANG PERNAH TAU?

lately nie
hidup aku mula stabil
aku bersyukur
hidup aku makin dekat dengan SANG PENCIPTA
lately bukulah peneman hidup aku
lately aku suka
dan sayang seseorang
tetapi hanya diri aku sendiri tahu 
biarlah ini menjadi rahsia 
dia tak perlu tahu pun
kalau dia tahu
mungkin dia malu dengan 
manusia seperti aku
setelah sekian lama aku pendam 
segala masalah aku
aku tidak punya tempat untuk mengulas
dan mengadu
dulu emak menjadi peneman aku
kini aku sedar
mak sudah tua
dan aku tidak mahu membebankannya
aku cuba untuk berdiri di kaki sendiri
dengan harapan tahun 2011 ini
adalah revolusi bagi aku
revolusi konon
insyallah 
=.=

-Jaywaii-




Sunday, August 28, 2011

monolog dalaman

Di petang hari yang suram seakan-akan hujan mahu turun membantai bumi
keseorangan aku menyandarkan diri memikir tentang liku-liku hidup yang mencabar
aku remaja lewat belasan tahun
orang tua kata,umur ini adalah umur setengah jagung
orang tua kata umur sebegini ialah permulaan bagi seseorang mengenal dunia
umur sebegini baru seseorang mempunyai masa untuk bersandar,menangis,mengeluh dan memikir 
tentang hidup
kini aku lebih suka membatukan diri
jarang diri aku seceria selalu
aku lebih suka memerhati gelagat manusia
memerhati gelagat dunia yang tua 
dunia ibarat wanita tua bongkok yang sedang memegang tongkat
aku lebih suka bermonolog dalaman sendirian
bermonolog tentang kehidupan
bermonolog tentang cinta
bermonolog tentang masalah
bermonolog tentang DIA
kadang-kala aku merasakan dengan bermonolog dalaman sendirian
aku mengenal diriku
aku menjadi remaja yang insaf
aku menjadi remaja separa matang
aku sedar hidup ini penuh warna-warni
tiada manusia yang hidupnya hanya satu warna sahaja
bagi aku manusia yang hidupnya hanya sewarna sahaja adalah manusia yang untung
hidupnya sewarna aku kira lebih mudah jalannya 
berbanding dengan manusia seperti aku yang umur baru belasan tahun
warna hidupnya melebihi satu warna
aku tidak tahu
kenapa kini aku lebih suka menyendiri dan memerhati
mungkin ini sesuatu yang pelik?
aku tidak tahu.. 
-________________-


Quote:

Saturday, August 27, 2011

Perihal Hari Raya

Assalamualaikum,
lewat pagi hari ni aku terasa nak update blog,hee
malam tadi lepak-lepak dengan hisyam dan haikal 
kami pergi pusing-pusing bandar batu pahat dan sekali cari kedai bundle
mencari baju-baju dan seluar untuk raya kan
al maklum lah da nak raya
perihal cerita pasal raya
nak raya
mesti kita nak beli satu dua baju atau seluarkan
pakai duit kan
aku datang dari keluarga yang sederhana
ayah aku baru pencen
dan mak aku adalah suri rumah tangga yang tegar
diri aku ni aku maklumkan di sini
aku  jarang beli seluar baru terutamanya jeans yang baru
biasa baju saja yang baru 
hal ini disebabkan
sejak kecil
kami sekeluarga dididik untuk tidak telalu memegang duit
dan telalu meintik berat soal harga dan kepuasan yang kami dapat
alhamdulillah tadi bapak aku beri rm 200
aku punya bersyukur bukan kepalang
tadi beli barang pun
aku berkira-kira dalam kepala nak beli apa
aku mesti seimbangkan 
baju dan seluar dan ada simpanan skit duit untuk aku
akhirnya aku dapat beli satu seluar bundle dan satu baju kemeja baru
dan aku ada duit lebih
terus terang aku katakan
aku tak pernah bekerja
aku tak pernah rasa pegang duit banyak-banyak
bila aku dapat duit walau rm 1 dari kedua ibu bapa aku
bagi aku itu adalah sesuatu yang aku hargai
aku biasa  beli seluar bundle disebabkan kualiti yang ada pada seluar tu dan jenamanya
aku bukan orang kaya
jenama mahal seperti levi's,edwin,dan lain-lain tu kalau baru makan harga sampai rm10+++ 
tak mampu rasanya aku nak beli wei~
aku punya jiran yang kaya raya
aku tengok anak anak dia
beli seluar mahal mahal
pakai sekali
lepas tu campak kt bangsal belakang
apa punya manusia tak reti bersykur
kadang-kadang mak aku tanya jiran aku tu
dia pakai ke tak
mak aku ambil
dan aku pun join sekaki..hehe
kalau kt bundle tu aku dapat jenama yang up sikit
mmg aku punya gembira
kau orang semua tau
kadang-kadang sluar jeans
aku repair baik-baik,dan rendam dalam nila
esoknya jemur
jadi nampak mcm baru
aku betul betul hargai apa yang aku dapat
korang pernah buat?
tak pernah aku rasa
hehe
tapi aku puas dan suka dengan hasilnya yang baik..hoho
dengan ekonomi sekarang yang makin mencabar
aku tengok expo ke butik butik ke
harga semua mencanak tinggi
sama saja aku rasa
dan  kita sebagai pembeli
hanya memenuhi kehendak dan kepuasan diri sendiri
dan terus beli dan membeli
aku tak sangkal orang yang ada duit
hak dia nak beli beribu-ribu
tapi kadang kadang manusia yang muncung-muncung muka dengan mak bapak kalau minta duit tak kasi
mereka tak sedar apa mak bapak mereka adalah buruh
buruh mahir atau tidak
itu tetap buruh bukan
bekerja siang malam mencari duit untuk kehidupan keluarga
satu hari nanti kehidupan aku mungkin senang atau mungkin senang
kalau senang aku harap aku dapat didik anak aku menghargai sesuatu dan
beranggapan semua perkara ada nilainya
dan jika aku hidup susah aku harap aku dapat ajar anak aku untuk menghargai hidup 
dan sedar dirinya di mana 
perkara ini aku jadikan iktibar..

Wang kertas terbang-beterbangan,
semua manusia ambil peduli,
ada yang berbunuh-bunuhan hendak dapatkannya,
manusia merempat bergelimpangan di sana-sini,
tiada manusia ambil peduli
inilah kisah hidup rakyat malaysia maju,
nilai dan agama ditendang-tendang,
marilah kita ambil iktibar,
jadi manusia yang budiman.

psst:selamat hari raya maaf zahir batin~ ^^

Wednesday, August 24, 2011

i do not know how to save a life

Again
wordless wednesday
i feel empty in my heart
i don't know why i feel like that
i feel something inside my heart already die and gone
i'm so tired with this fight
when this battle will end?
i want to cry
i want to scream
please
tear don't fall
my life turn to ruins again
i'm not loser
god
give me strenght
give me some spirit
god
please
give me someone that can give me spirit
someone that can give me strenght
someone that can change me to a better person
someone that can make me smile
someone that can make me laugh
someone that can love me
someone can accept my past
i'm not hunger of love
i'm hunger of happy life
everyday is the same for me
everyday i pretend to be cheerful person
because i want put beside my sadness
i hope someday the day will come
^_______________^
la tahzan





Saturday, June 25, 2011

Di tengah kesibukan bandar kecil,

manusia berpusu-pusu mencari keseronokan,

manusia berkejar-kejaran mencari nafkah,

kehidupan ditinggalkan layu tanpa sebarang ihsan,



anak-anak kecil dibiarkan dengan keseronokan,

sehelai kertas yang dipanggil wang,

menjadi rebutan dan kejaran para manusia,

nilai dan budi semakin dilupai,



kehidupan moden dicari-cari,

itulah hakikat sebuah kehidupan

insan yang bergelar manusia.

Monday, April 18, 2011

No Title

Assalamualaikum
sudah lama benar kukira diri ini tidak menulis di laman sesawang ini bukan
kerana tiada cerita yang menarik yang boleh kukongsi
agaknya sebab itu ler lame sangat tidak menulis
hehe
akibat aku tidak bersekolah gara-gara demam hari ini
terdetik hati untuk meluangkan sedikit masa ini untuk menulis sambil berbaring 
di laman sesawang ini
aku terbaca  kata-kata pujangga yang berbunyi


alhamdulillah
aku diberi kesempatan dan hidayah untuk belajar
dan bersyukur dengan apa yang diberi oleh NYA
kini baru kusedar
besarnya kekuasaannya
kecilnya diri yang serba  compang camping ini
jika dilihat dari pelbagai aspek
tiada apa yang perlu kurungutkan
disebabkan ada ramai lagi manusia yang teruk keadaan dan dugaannya 
dari diri  ku ini yang dugaannya tidak seberapa..
syukur..



sekali lagi
alhamdulillah
 aku diberi rakan-rakan dan keluarga yang sngt bermakna untuk diri ku
tiada yang lebih bermakna dari memiliki mereka semua
mereka la nyawaku
mereka la pengkritikku
mereka la sumber kebahgiaanku
semoga segala kebahgiaan ini kekal 
dan menjadi memori paling bermakna didalam hidupku

thanks for the happines  :)

jika diberi pilihan didalam hidup ini
tidak akan kuputar kan masa ke hadapan 
untuk kehilangan kalian ^^
*STPM 2011 *


alhamdulillah sekali lagi
aku bersyukur menjadi diriku
diri yang kadang kala sukar difahami oleh sekalian manusia
hehe
kenapa aku suka menjadi seperti  kebudak-budakan?
menjadi kanak-kanak adalah membahagiakan
kerana menjadi kanak-kanak mampu menyembunyikan segala masalah
kanak-kanak sukakan cabaran untuk maju kehadapan
menjadi seperti kanak-kanak menyebabkan kita dipandang jelek
apa perlu dikisah?
kerana hidup hanya singkat
tidak perlu berlagak seperti seorang yang matang 
jika anda hanya mempunyai pemikiran sesempit lubang arnab
kerana itu mampu menghakis indentiti diri kita..
jadi diri sendiri!

hidup dengan gembira
hiasi hidup dengan gelak ketawa
dan senyuman
hargai kehidupan
menjadi seorang yang berjaya hasil dari kejatuhan
berpikiran seperti ABAH dan MAK
itulah kemanisan hidup yang ingin kucari..
hehe
dan hidup mesti diteruskan!
   aja aja fighting!
insyallah :D





maaf la~
ayat-ayat kupada hari ini sangat "skema"
^^

Monday, March 21, 2011

alangkah seronoknya? ~ :D

as salam!
hahahahaha
dimalam yang hening ini
sedang aq mengorek-ngorek youtube
tiba-tiba aq trdgr lagu hujan
lagu bila aq sudah jadi hensem tiada
aq flasback balik taun PMR aq tu
tahun 2007
bnyk seyh kenangan yang mencuit jiwa
haha
bermula selepas Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2007
bapak aq telah menghantar aq ke melaka
rumah mak busu ku
untuk aq "disekolahkan" tentang komputer
sumpah beb
aq xrapat langsung dgn ank-ank dia
nabihan,nabih,nabihah,nabil,nabilla
aq kenal name je
=.="
huhu

Pak Mat aq nie ad Cyber Cafe Sendiri
niat aq kesana adalah untuk belajar selok belok komputer
bermula saat ini
aq mula rapat dengan saudara dan sahabat ku yg kini paling ku syg!
NABIHAN DAN NABIH
Bju merah tu Brader Bear aq Nabihan! yg tnggi mengunung tu Nabih! hee ;p

dyeorg nie rasuk aq mcm-macam
haha
tapi bnde yang baik-baik je! 
;p
kiteorg nie ad  minat yg sama
selain minat musik
kiteorg minat xgames
n moto besaw
haha

Even nie moto-moto bapak kiteorg 
tapi kiteorg sental jugak !
haha
pecaya x
selalu konvoi 3 moto je beb
mcm wild hogs!
tapi dyeorg 4 org! kiteorg 3 je..
haha

paling xboleh lupa
dyeorg aja aq men bnde alah nie 
mase tahun 2007 tu aq dungu skit pasal it
hihi
dyeorg aja aq men
GAME VIRTUAL HABBO
addict wey dulu kecik kt game nie! haha

kt game nie mcm kt real life
korunk boleh berjalan2
boleh ad bilik sndri
boleh memaki hamun
mcm2
huhu
nama aq dalam nie MAXBRO
terbaik kan~
hihi
haha ini dia maxbro! ;p



ade blik sendiri taw!

da mcm hospital org gila kan! hihi

haha..sumpah da 3 taun aq xon..
tetibe malam nie rasa mcm terpanggil nk on sekejap
hee
kawan-kawan virtual da xde da
smua da besar
da xlayan game nie
haha
game nie act dimainkan oleh mereka yg tinggl di malaysia dan singapore
huhu
aq rindu kwan2 virtual aq
even xpena jmpe
tpi guwa ttp anggp dyeorg kawan yg besh!
hee

vaniila 
aris synester
red metal
grungeNOTdead
LiLy
arghh da xingt name2 mereka
haha
:D

btw! harap mereka2 ni ingt akan aq dan semoga mereka berjaya dunia akhirat! ^o^

Sunday, February 27, 2011

Book~ u are so cute

Disuatu tmpt yg nyaman
terdapat 2 sahabat yg akrab~
mereka ialah buku dan monyet
SUATU HARI~








Psst! test minggu depan~ aq masih mlz nk bce buku sbb bku2 tu comel sngt~
TAK AKAN aq nk tnggu smpai buku tu jdi huduh kan baru nk bace~ hihihi
=.="
tolong tolong~ huu

apeeeda~


Monday, February 21, 2011

14 februari

Assalamualaikum
mungkin sudah terlambat untuk aq mengatakan sesuatu tentang 14 februari
tetapi realiti
pada masa kini
14 februari disebut sebagai hari kekasih
muda mudi kita berpesta
muda mudi kita bersuka ria
muda mudi kita menjadi kebaratan
muda mudi kita tewas dgn pujuk rayu iblis
muda mudi kita lupa akan sejarah
muda mudi kita lupa apa itu sejarah

sedangkan
mereka tidak sedar dan lupa
pada 14 februari 1942 telah berlaku sesuatu peristiwa
dimana pada hari itu
adalah hari terakhir pertempuran antara British dan Jepun
dimana pihak British dapat ditewaskan oleh Jepun
tapi adakah kita sedar
disabalik kekalahan British itu
terdapat sesuatu yg ajaib berlaku
tentu smua kenal kan dgn wira kita
wira kita yg tidak mengenal erti kekalahan
wira kita yg tidak tahu ape itu kesakitan
wira kita yg tidak berundur walaupon seinci dari medan perang
tatkala kebanyakkan dari sahabat2nya berundur menyelamatkan diri
dia dan rakan2nye gugur syahid pada hari itu
siapakah wira itu?
dia adalah
LEFTENAN ADNAN SAIDI

pada 14 februari 1942
ketika  berumur 27 tahun
dia telah menyerahkan seluruh jiwanya
kepada negara tercinta
dia dan rakan-rakanya gugur syahid di
medan pertempuran terakhir Bukit Candu,Singapura
dia dan rakannya didalam C Company
mereka telah diserang bertali arus oleh Jepun
Jepun terdesak untuk merampas kawasan Bukit Candu dan kawasan sekitarnye itu
disebabkan kedudukannya yg strategik dan merupakan pertahanan terkakhir pihak British di Malaya
amat payah bagi Jepun untuk menewaskan ketumbukan askar melayu
askar-askar melayu dibawah pimpinan Lt Adnan
bermati-matian mempertahankan kawasan itu sehingga ke titisan terakhir
diceritakn oleh Koperal Yaakob yg terselemat dri pertempuran itu dgn berpura-pura mati
selepas bnyk  askar melayu dan british berundur 
dan selepas seluruh ketumbukan askar melayu terkorban
tinggal Lt Adnan sendirian bersama mesingan jenis Lewis Gun
selepas kehabisan peluru mesingan itu
Lt Adnan Bangkit dari parit
dan membunuh beberapa askar Jepun menggunakan bayonet senapang

contoh bayonet

dan akhirnya beberapa askar Jepun berjaya menangkap Lt Adnan
mayatnya diikat di pokok
kepalanya disarung guni
badannye dicucuk2 dgn bayonet
mayatnye tidak dibenarkan oleh sesiapa untuk dikebumikan
Regimen Askar Melayu Diraja dan Lt Adnan 
berjaya membunuh lebih 800 org tentera Jepun
sesungguhnya
keberanian Lt Adnan telah menyebabkan askar Jepun
yang gah dan bongkak itu
tersentap
dan membuktikan
bahawa melayu
bukan bangsa yg senang diperkotak katikkan
melayu adalah bangsa yg berani dan tidak gentar untuk berundur!

bak kata Jeneral Yamashita
"Jika ada 10 org seperti Lt Adnan,barangkali Jepun untuk menang adalah sukar"

pada tanggal 14 februari itu lah gugurnya pahlawan kita
dimana pada masa kini
ramai yg melupai keberanianya
semoga para syuhada ini dijanjikan syurga untuknya
insyallah(;

psst=hari ini,aq menulis bukan untuk menunjuk,tetapi untuk menyedarkan diri aq dan engkau smua tentang
sesuatu yg dilupai ini,semoga kita menjadikannya sebagai pembakar smngt untuk terus melangkah ke depan(:




Friday, February 18, 2011

Mendukung Biawak Hidup

as salam
=.="
masalah yg ada dalam diri aq
aq masih mencari2 formula
untuk membunuh biawak tuh dalam diri aq!
hihi
mesti korunk xpaham kan kan~
tuh lah
suke tgk cter kartun je
cehh xde kena mengena kan ;p
btw
maksud "mendukung biawak hidup"
adalah
melakukan atau mengikut sahaja sesuatu perkara yg sia-sia
yela
biawak kn suka makan n bangkai
even korunk kasi madu k
daging salai k
op coz instinct dyeorg nk makan bangkai n sampah2 kan
kan sia-sia tu
korunk percaya x!
dalam badan kita ada BIAWAK hidup!
pecaya x!
biawak dalam bdn aq gemok!
sehat sngt
haha

act tu BIAWAK dalam diri kita tuh adalah
sifat2 mazmumah kite
seperti 
kemalasan
tidak bersemangat
lebih suka menggunakkan nafsu dari akal
mudah berputus asa
tidak percaya pada diri sendiri
bencikan usaha
dan lain-lain

haha
caya x?
itulah BIAWAK dalam diri kita
makin korunk layan
makin korunk manjekan
makin gemok dy!
makin bermaharajalela dy!
so watch out guy!
cuba lah ksi racun kt biawak2 korunk tu
kalaw boleh
kita bakor je uma dy~ 
hihihi
mcm aq!
biawak aq sngt sehat
haiyo!
psst! gemok dan sihat kan dia! =.="

now sedang berusaha memberi dy makan racun
bio dia mati tercekik
hakhak
insyallah(:
jika kita ikhlas dan bersmngt
lame2
biawak tu
mengecil
dan akhirnya
MATI :)

act bnde nie lah
aq dapat mase motivasi aritu
Encik Daud merungkai mesteri biawak hidup nie
hee
so apa salahnye aq share pada korunk kan
dan aq harap
aq dan korunk smua
dapat bunuh biawak didalam diri masing2 :)

QUOTE OF THE DAYS:
"Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself"


Selamat menyambut Maulidur Rasul
semoga kita sentiasa menjadikan RASULLAH sebagai role model dalam kehidupan(:

Wednesday, February 16, 2011

Tinggi Ku Dijulang,Jatuh Ku Dihina



Benarlah kata org
kawan ketawa sng didapati,
kawan menanges sukar dicari.

adat manusia,
apabila diri berada dikemuncak,
diri dijulang,disanjung,dipuji.
diri megukir senyuman kepuasan.

TETAPI
apabila diri rebah jatuh terpelesok ,
diri dilupakan,diri dijauhi,diri dicemuh.
kenapa?

Manusia,
prejudis dan hipokrit,
yang sentiasa merajai jiwa,
iblis meracau,
iblis merasuki mangsa2nya,
menjadikan mangsanya 
mata
 kepada 
status
darjat
kuasa
kekayaan
dan lain lain

sedarkah mereka,
kita smua punya sesuatu yg sama
iaitu HIDUP(:

TETAPI
ADAKAH AKU  DAN MEREKA SAMA ?
ADAKAH ENGKAU DAN MEREKA SAMA?

ape yg membezakan AKU dan MEREKA?
apa yg membezakan ENGKAU dan MEREKA?

hanya kita sendiri yg tahu
apakah jawapannya(:

renung-renungkan

^o^"





psssssst~ AKU MEREPEK~ hee






Sunday, February 13, 2011

bawah dan atas

as salam
mungkin tajuk macam lucah kan..
haha :D
malam nie aq xde buat ape
lepas siapkan keje ga ga n keje bm bersama Iskandar
aq mula kekeliruan 
sudah menjadi adat apabila menjadi keliru
diri mula menjadi tidak tentu hala
diri mula menjadi tidak keruan untuk melakukan sesuatu
smua ini terjadi apabila KEBOSANAN melanda
kahkah
mula lah jari jemari2 ini menekan butang sign in dalam pesbuk mula2
dan aq menjadi tidak keruan kembali
disamping memikirkan ape perkara yg perlu aq lakukan.
akhirnye!
tetibe notification pesbuk aq menunjukkan tanda 1
skali aq click
tgk ckgu nursina mengkomen pic tersbut
yela ckgu 'cantik' kan
xkn dy xmo komen diri sendiri kan
haha
ahh peduli kan dia tu
act itu pic kelas aq
mule2 dulu 6 rendah 1
now 6 atas 1
alkisah itu lah tjuk aq punya maksud
haha
Dalam pic nie banyak da berambus kluar~ now tnggl 11 org je! hee

ape yg besh sngt ini kelas
smpai aq nk tulis kt blog kan!
annoyed je rase~
haha
pi hidup la kan
*psst(xbaek ckp mati)
act aq syg n suka sngt kt kelas aq skunk!
serius
5 taun aq skola
dari form 1 smpai form 5
xpena aq ad kelas mcm nie
nak tawu nape!
sbb ini lah stu2nye kelas dimana aq perna bercakap ngn smua manusia
hahaha
duludulu susa lah
sbb kdg2 dalam kelas tu da terbahagi pada group2
apelai kan
kelas ni x pon
happening je
smua masuk
hihi~
dan aq sngt suka melihat kesungguhan mereka
rajin taw mereka
xmcm aq~
haha
smua keje siap
dan paling aq suka!
bile ad presentation!
smua punye presantation punye bahan
mmg perfect
dyeorg xbuat tangkap muat
seriusly mmg padat dgn maklumat(:
act
mereka2 ini lah yg menceriakan hidup aq
kdg2 sedih bersama
ketawa bersama2
buli membuli bersama2
tekak bertekak bersama
dan satu lagi
ini lah kali pertama dalam hidup aq
aq mcm dihargai sebgai seorang kawan didalam kelas oleh smua org
duludulu
aq xpena rase perasaan sebegini rupa
yela
dulu aq duduk kelas pandai
dan aq seorang yg dungu
sentiasa ad gap diantara mereka yg pndai dgn org2 dungu mcm aq
aq hanya dilayan sebagai seorang kawan hanya di sesetengah pihak sahaja
xadilnye hidup kan~
hihi
ok ckop pasal tu :D


video pic kt upsi dulu
video
sayangnye aq kt korunk smpai buat video taw..haha :D

Tingkatan enam pentas terakhir,
pentas terakhir kita menonjol diri,
kita insan yg terplih,
bersama-sama mengejar mimpi,

ini kisah kelas 6 atas 1,
ini cter pasal aq dan mereka,
aja si pandai yg kuat makan,
aien si cenderella yg suka melihat cermin,
acim si kelakar yg 'kuntut',
wawa si cer yg ku suka bce blognye, 
ikin si pndiam yg rajin,
rahmah si kuat tido yg khusyuk,
alia si pndiam yg ayu,
haziqa si assistant yg comel suaranye,
haikal si banyak mulot yg genius,
hisyam si ketua kelas yg rajin,
iskandar si rajin yg gelabah,
farid si botak yg baek..

hahahahhahaa

ini bukan pantun,
ini bukan seloka,
ini buka sajak,
ini bukan syair,
ini kisah aq da KAWAN-KAWAN(:

dah dah
no komen~ :D

QUOTES OF THE DAY:

"Friendship often ends in love; but love in friendship never ends"





psssst!
hahaha
pada kawan2 yg bace
jgn kutuk aq!
aq pon pelik mcm mane aq ley menaip entry nie!
hihi ;p

Thursday, February 10, 2011

Grind

Besh GILE!

As Salam

haha..korunk taw ape itu grind?
hihi..
grind tuh semacam meluncur sk8board or bmx or inline di atas besi dan lain2
act kt mane2 boleh grind lah kawan2! :D
masalahnye disini
bukan nk cter pasal grind to
tpi cter grind!
fufu
thumbs up
terbaek lah kawan
bagi skater mmg terbaek lah
kalaw korunk xtawu pule sy?
hee
aq snggup xtutup lappy aq satu malam semata-mata
nak download cter nie
hahaha tapi berbaloi ouh!
seyes naik smngt aq tgk~
hee :P
disamping heroien nye yang comel
kihkih 
Jennifer Marrison
Nie mase Citer ni tahun 2003,skunk da tua kot dy.haha ;p
ahh xepdulik! 

nie pulak hero dy..haha
Mike Vogel..

act nie cite lame woo
2003
lame kan..
hehe
aq pon baru tawu~
hihi ;p
citer nie sngt besh n inspirational bagi aq!
inspirasi lagi ! ! !
hakhak
bio ler
AQ PUNYE SUKA LAH~
aq suka dyeorg punye friendship!
huhu mmg terbaek


heee..
korunk kalaw ade mase tgk2 lah

tetibe pas aq tgk cter nie
aq rindu untuk berskating!
aq skunk amat lah bz
what a pity of me ;(

da lame xblade
huuuuuu
T_____T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...