Sunday, July 21, 2013

Cerita Tentang Jalan Jalan

Aku sudah bertapa di rumah lebih daripada 21 hari tanpa buat apa-apa.Sudah terkumpul segala isi dan lemak dan tak jugak hilang begitu saja..Woi bosan kau tau..
Sudah berbelas buku aku habiskan baca sampai kulit buku pun aku rasa nak gigit.
Kerja?ahh sudah ini cuti mana mungkin aku harus bekerja la cilako..
Penat kau tau belajar..huu T___T
Dulu punya la beprojek nak buat novel belako..
Semua tu jadi angan-angan saja..
Aku tadak bakat la nak menulih wei..
Cerita guwa tadak klimaks.
Engko orang nak baca ke?kahkahkah
Sebenarnya aku teringin nak jalan-jalan.
Insyaallah ada rezeki lepas raya ni ke Indonesia la kito.
Jalan-jalan orang kata.
Jalan jalan mencari serba serbi apa boleh dimakan,apa boleh dicerna apa boleh dilihat.
Indonesia sebuah negara yang hebat dari segi sejarahnya.
Iyolah guwa pelajar sejarah,nak tanak kena cerita jugak pasal sejarah.
kalau idok macam mana aku nak cari makan..hihihi
Sebenarnya kan,blog macam gini rupa aku rasa mengajar aku untuk menulis kt dinding lepas tu biarkan orang baca apa yang aku tulis.
Engko orang pun ada yang tak kenal siapa aku kan..hee
ah tajuk sudah cantik,tapi tak tau apa mau tulis..
mungkin aku boleh kaitkan ini dengan bangang abadi..
sungguh tak tipu..
sungguh sungguh aku kebosanan..
bosan boleh buat orang mati kah? -_-


Saturday, June 22, 2013

Hidup

Tidak tahu pucuk pangkal,
di mana harus bila kau asyik terfikir tentang kehidupan,
masa hadapan dan masa lalu,
bila dewasa adakah semua ini harus kita selalu fikirkan?

Hidup di dunia ini untuk apa?
berbakti?
diri sendiri?
keluarga?
manusia sejagat?
sahabat?
kekasih?

Sering bermain di fikiran,
bagaimana kalau diri berjalan sambil menarik semua tali ini,
tali yang tersimpul rapi,
tali yang membelenggu diri sendiri.

Dewasa kah untuk selalu bermain dengan minda,
berfikir tentang itu dan ini,
dan balik kepada yang asal
kehidupan.

Apa itu kehidupan sebenarnya?
persoalan yang tiada penghujung,
melainkan terhenti nafas kita di muka bumi tuhan ini,
itu pun kehidupan di alam sana bakal menanti.

Hidup memang telalu banyak drama dan persoalan,
selalu menghukum minda,
selalu membebankan minda,
selalu mencengkam jiwa.

Wednesday, April 10, 2013

Aku Kampung dan Kota #3

"Persahabatan ibarat campuran sebatian rokok dan kopi,
cantik dan bersinar seperti tenggelamnya matahari"-Pait

Kerinduanku diubati dengan kehadiran rakan-rakan serupa darah daging di universiti tertua ini,merekalah selalu menemani dan mengenalkan aku dengan erti hidup.Di kolejku,iaitu Kolej Kediaman Kelima atau dikenali sebagai Dayasari,lapan orang anak muda berlainan bidang menjadi rakan-rakanku,mereka Abdullah,Aliff,Irwan,Hakim,Mamat,Koroi,Pait,Abbas.Mempunyai pelbagai definisi kehidupan mengikut kaca mata mereka yang berbeza-beza.

Manakala di fakultiku,diaungerahi aku tiga orang manusia yang menjadi rakan seperjuangan aku menuntut ilmu dan keinginan dalam lapangan sejarah kehidupan manusia,mencari kebenaran di dalam kelompok manusia yang buta dengan ilmu sejarah di negara tercinta.
Aaron,Matnor dan Rahim.Paling terkesan ialah Aaron Dannison,seorang India Kristian,bermazhab Katholik.Di university ini aku diberi pencerahan oleh yang maha Esa untuk bergaul dengan pelbagai ragam manusia.Aaron seorang kristian banyak mengajar aku untuk menghargai kehidupan dan menguatkan lagi kepercayaan aku terhadap tuhanku Allah.

Dia seorang kristian selalu berpesan kepadaku,apa yang kau lakukan ikhlaskan hati demi tuhan kau Jaywaii.Selalu mengingatkan aku tentang supaya tidak lupa bersolat.Di sana aku dipanggil Jaywaii,nama pena dan nama timanganku dari bangku sekolah.

Pertama kali aku ditemukan dengan mahasiswa UM yang tegar dan terkenal dengan sifat lantangnya.Pilihanraya Kampus atau PRK 2012,menunjukkan aku betapa luasnya demokrasi dan betapa matangnya sebenar mahasiswa di UM.Pihak yang bertanding diberi masa yang sama untuk berkempen seperti hanya dibenarkan berkempen sepuluh minit di setiap kolej,tidak kira baju politik apa kau pakai,tidak kira kau memerintah masa musim lepas atau tidak,masa diberikan dan ruang diberikan adalah seksama.

Tidak seperti pilihanraya sebenar,parti memerintah menggunakan segala aset sebagai harta mereka hatta media massa dipaksa mengikut telunjuk mereka!Langsung media massa terpesong ke sebelah pihak,rakyat menjadi kaku dan keliru.Kau tahu kawan,rakyat Malaysia di kampung nadinya hanyalah surat khabar dan berita di tv.

Doktrin kerajaan dan manifesto kerajaan saja dikeluarkan di media itu,tanpa segan silu dan ketulusan.Demokrasi matang hanya omongan kosong,adil dan seksama aku rasa jauh terpesong.
Semasa zamanku ini,UM terkenal dengan pelontar suara yang berani sampai ada yang digantung pengajian kerana aktifnya mereka melaungkan suara di negara demokrasi sebelah ini.

Pengajianku di sini aku rasa sangat membuka minda aku kepada situasi masyarakat,memang yurannya mahal,kebebasan dan demokrasi sebenar aku rasa disini walau hakikatnya tidaklah sangat.

Aku pernah dihimpun di sebuah bilik gerakan oleh seniorku.Alasan mulanya untuk pertandingan kugiran,rupanya aku kena menjadi ahli gerakan itu untuk membuat bunting calon xxx,segala ditanggung kawan-kawan.Satu terlintas di hati aku,duit siapa?Mereka mengatakan itu dari pengurusan,ouh maksudnya pengurusan juga berpihak sebelah sebelah.Merasa aku ditipu,akhirnya aku pulang dan tidur,tidakku kira duit itu semua dan tugas itu walau mereka senior.

Masyarakat di university ini mengajar aku untuk lebih berdikari,suasana belajarnya adalah sesuatu yang asing,pasif dikira engkau mahsiswa lembap!

Perpustakaan Utama university ini mungkin aku boleh katakana sebagai rumah kedua aku.Segala tugasan dan segala jenis buku yang aku impikan semua ada disini.Di perpustakaan ini ramai manusia menggunakan kemudahan ini.Kalau di bandingkan di kawasan tempat tinggalku,perpustakaan awam daerah seperti rumah usang!

Bukunya menyedihkan,aku hampir menangis melihat keadaan perpustakaan daerahku.Darah ilmu di dalam masyarakat kita mungkin tidak setinggi mereka di negara lain.Betul aku rasa ada satu tanggapan mengatakan rakyat di negara ini kadar membacanya adalah menyedihkan.Bagaimana kalau kita hendak ke hadapan kalau bidang ilmu itu sendiri bukan menjadi budaya kita.Kalau sekadar material,mungkin kita boleh mencapai tetapi dalam kadar intelektual dan lapangan ilmu,kita masih jauh ketinggalan dari tahap kemajuannya.


"Ramai manusia berjaya dalam hidupnya dengan permainan liciknya,
tetapi jangan lupa karma pasti memburunya"- Koroi

Wednesday, March 20, 2013

Aku Kampung dan Kota #2


Hai kawan siapa sangka,menjejak kaki ke universiti itu satu mimpi yang menjadi rebutan para anak muda.Lagi aku anak kampung yang kehausan pengalaman dan kecetekan ilmu.Kehidupan di kampung selama lebih 18 tahun,apa yang aku boleh jelmakan selain bercita-cita meletak batu aras untuk mengembara ke dunia luar.Hanya dengan ilmu anak kampung mampu menongkah arus kehidupan yang luas.

Universiti Malaya merupakan university tertua di Malaysia,university yang melahirkan bakal ilmuan terulung seperti ProfesorDiraja Ungku Aziz.Hah bagi anak urban orang seperti aku pasti menyedihkan,tinggal di kampung dan bercita-cita untuk menabur jala kehidupan di Bandar.Kau pasti tahu bukan kawan bahawa university tertua ini terletak di Bandar Metropolitan Kuala Lumpur.

Pasti aku ingat kecilnya aku,hanya mempunyai kesempatan melawat Kuala Lumpur untuk beberapa ketika,melihat monument hebat seperti Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur yang gah menjadi latar belakang kota ini.

Hah kini buka saja jendela pasti aku dapat melihat kelibat kedua-dua monument hebat itu.Tanggal aku menjejak kaki di university tua ini,berdebar rasa hati,aku bakal menjadi sebahagian dari dunia intelektual universiti tertua ini.

Dihantar ayah bondaku serta keluarga ke tanah Malaya ini,berbekal semangat seorang anak kampung yang berjiwa besar.

Kau tahu,teknologi di kota ini sangat asyik,komuternya,monorelnya dan bangunannya.Tapi sering aku tersentap melihat alamnya yang kian sesak dan menghitam,kotoran teknologi memuntah kepada alam.Alam menjadi mangsa keemasan teknologi.

Aku gugup pada mulanya hidup di kota yang penuh dengan dua  pemberat yang sangat imbang,positif dan negatif.

Sempatku coret sebuah puisi untuk aku beringat ketika menjejak kaki di sini.

“Kampung yang kecil tertutup-tutup kerlipan cahayanya,
Kampung kecil yang sering bermandikan peluh dan keringatnya,
Tetapi jiwanya tetap setinggi Himalaya,
Aku anakmu yang takut goyah disisi moden,
Boleh aku mencuri jiwamu wahai kampungan kecil untuk santapan dan pesanan diri?”

Indah bukan kalau puisi seperti seni percakapan yang boleh beralun mengambarkan jiwa kita.Menjejak kaki disini sebenarnya aku dibayangi dan ditemani perasaan gundah yang kehilangan cinta seorang kekasih.Membawa diri sampai ke kota untuk cuba bangkit melupa kenangan silam.Sebenarnya manusia memang tidak lari dari hidup di dalam kerangka memori,memori menerjah dan menerobos jiwamu untuk bangkit dan tenggelam.

Saat pertama kali aku menjejak kaki di dewan kuliah,Profesor tuaku yang seiring dengan tuanya fakulti dan universiti tua ini tersenyum menyambut kami graduan sarjana muda sejarah ke dalam dewan.Namanya gah iaitu Profesor Abdullah Zakaria,seorang intelektual Melayu yang obses dengan sejarah ketamadunan Melayu klasik.Kajiannya tentang muncul Melaka lebih awal dari catatan Tom Pires yang seperti kita tahun sekitar tahun 1400 masehi disangkal dan dibuktikan oleh beliau Melaka sudah wujud awal sekitar tahun 1262 masehi.Hebat bukan.

Tetapi sayang,pertiwiku tidak sangat menghargai ilmu baru dan kajian baru.Kau lihat saja surat khabar,sentiasa artis dan politik menguasai cerita.Bidang ilmu dipandang enteng.Lagi jabatan dan subjek aku ini adalah subjek dasar dan klasik,bukan seperti subjek teknologi dan sains yang lebih kedepan.Tetapi kawan,tanpa sejarah engkau tidak mampu untuk memperbaiki kesilapan bukan?

Saat langkahku tiba di dewan kuliah yang bersuhu seperti di kawasan Serbia yang sejuk itu,aku terpanar,ouh tidak,tanah dan bumiku pijak ini adalah tanah yang dulu dipijak oleh mereka yang berpengaruh,engkau pasti kenal Anuar Ibrahim,Abdullah Ahmad Badawi?Mereka ahli politik yang segak mencanang idea pemerintahan negara pertiwiku Malaysia.Ah politik itu cerita orang tua,aku tiada kemahuan dan kepakaran berbicara tentangnya.

Seperti Andrea Hirata pernah menulis di dalam bukunya Sang Pemimpi,”padah dan sakit menjadi politikus kerana hartamu yang diusahamu pasti tidak dipercaya ramai kerana bagi masyarakat,hartamu adalah harta mereka”nampak bukan sonsangnya bila engkau bergelar “Yang Berbahagia” atau YB.

Fakulti Sastera dan Sains Sosial itu tua benar wajahnya,berumur hampir 40 tahun.Bangunannya mirip seni bangunan lama zaman pasca merdeka.Tetapi jiwanya seakan sesuatu yang merinding romaku.
Aku sendirian,anak kampung polos yang terdampar di university tertua dan di tengah Bandar metro.Aku merindui setiap saat dan detik ketika di kampung dan keluarga.

Seperti kata ibuku,bila dewasamu haruslah kau mengembara mencari erti hidup.
Impianku ingin menjadi seorang intelektual yang mengembara di serata bumi sejuk eropah,dataran panas Afrika dan tanah hujan Asia mungkin mampu tercapai?

Ouh anak kampung harus ada mimpi,mimpi inilah yang mampu membawa engkau menorobos dunia masa depan walau segala kejadian ditakdirkan tuhan.Jadi kawanku, bermimpilah kalian agar kalian tidak lelah untuk bangkit dari tidur dan mimpi-mimpi bisikan semangat itu.

Berbekalkan semangat 2 tahun aku di dalam keajaiban ketika menuntut tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn,mungkin aku harus memanjangkan mimpi-mimpiku untuk dicantum menjadi satu lakaran lukisan yang cantik satu hari nanti.

Thursday, March 14, 2013

Aku Kampung dan Kota #1

Sinonim dengan anak kampung bahawa cita-citanya adalah ke bandar kota.Kota menjanjikan seribu satu alasan untuk menarik perhatian anak muda yang gersang dengan pengalaman.Kota biasalah dengan materialnya mencarik dan menghambat anak kampung ke sana.

Tidak terkecuali aku seorang anak kampung yang menjadikan alasan menyambung pengajian sebagai platfom untuk aku menari menghambar jala kehidupan ke kota metropolitan negara Malaysia.

Mesti kau semua ingat ini cerita tipikal biasa yang menceritakan kisah kehidupan manusia yang langsung tidak dikenali.Apa salahnya,cerita tentang kehidupan,salah satu disiplin untuk kau mahir dalam menrencana kehidupan mendatang.Aku menulis begitu skema dan berbutir-butir ayatnya kerana aku pencinta bahasa,biarlah penulis lain menggunakan pendekatan yang lebih santai dari aku yang berskema dan mengalun-alun ini.

Terpulang kepada engkau untuk mentafsir dan membaca karya cabuk aku yang tidak seberapa ini.Hai kawan menulis ibarat kau melukis dan menyanyi,tiada sekatan dan sempadan untuk kau berkarya dan meluahkan ekspresi jiwa.

Aku siapa?anak muda yang kini telah menjejak kaki di bandar kota metropolitan.Melanjutkan pengajian di universiti tertua yang terletak di pinggir kota metropolitan.Baru berusia hingusan.Bertatih masih lah tidak stabil,sama seperti engkau yang membaca,masih dalam proses pembelajaran.

Kalau ditanya fakulti mana aku belajar,sudah tentu sastera dan sains sosial.Belajar tentang engkaulah manusia,fakulti yang mempunyai stigma dan pandangan yang cetek dan rendah dari masyarakat universiti lain amnya.

Skema atau tidak aku?nanti di dalam perjalanan cerita sedikit sebanyak engkau akan mengenali aku.Sama-sama kita cuba mengembara dan mencakna minda di dalam cerita yang tidak seberapa ini.

Kau aku dan dia adalah sama.Makhluk ciptaan tuhan.Kerdil rasanya di dalam realiti kerana hanya di dalam epik cerita seseorang boleh merubah menjadi gergasi dan besar.

Wednesday, February 20, 2013

Buat Hawa

Aku mengerti kebobrokan diri,
mengerti jahilnya aku kepada DIA,
jauhnya aku untuk mendapat nikmatNYA,
selalu bermonolog sampai lupa DIA di sana memerhati.

Buat hawa yang membaca,
jagalah dirimu sebaik mungkin,
badai dan gembira,
kadangkala sukar di bezakan.

Tataplah dirimu untuk empunya diri,
sesungguhnya cinta yang hadir tatkala engkau durjana,
kadangkala itu adalah ujian buat kamu,
DIA suka menduga kita dalam sinar dan duka.

Hawa,
jagalah dirimu,
jagalah imanmu,
jagalah tatamu.

Kalau ditakdirkan jodoh,
jumpa lah engkau kepada Adam mu Hawa,
jangan berdurjana dan bergembira bagai,
DIA sentiasa ada untukmu.

Cinta dunia kadangkala racun,
kadangkala penawar,
DIA penentu segalanya,
insyallah temui engkau di puncak sana.

-Jay waii-

Saturday, February 9, 2013

Rasa ini

Kini bersua kita lagi di alam mimpi,
mimpi layu menghambat kita ke arah kecelakaan,
mimpi ngeri bagi manusia,
mimpi segala celaka mimpi.

Hei engkau di sana,
bodohkah aku?
bengapkah aku?
bingaikah aku?

Hei engkau di sana,
jangan cuba menghambat memori,
engkau dan dia,
pergi jauh dari aku.

Pergi sejauh mungkin dari diri aku yang hina ini,
jangan pernah menunjuk,
aku tahu bahagia menanti engkau di sana,
sedangkan bahana dan kegelapan menghambat aku di sini.

Cuba aku membenci,
membenci perkenalan kita dahulu,
memori yang meracun aku ke lembah hina,
hina sehinggal bacul menjelma.

Bahagia sana,
jangan tersenyum sinis kepada aku,
pergi sana,
biarkan aku !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...